Tadika Integrasi, Sekolah Rendah Integrasi, Kelas Membaca & Kelas Al Quran

Teknik Cepat Membaca #1 TERBUKTI BERKESAN

Selamat Datang ke Cahayaku Legacy !

Teknik Cepat Membaca Terbaik Sejak 1998

Bahasa Melayu

English Language

Lughatul Arabi

Luhgatul Qurani

Pastikan Anak Anda Kuasai 3 Kemahiran Asas Utama Dalam Pelajaran ; MEMBACA, MENULIS & MENGIRA Seawal Usia

Tentang Kami

Teknik Cahayaku merupakan satu-satunya Konsep Cepat Membaca yang menggunakan mimik untuk membantu kanak-kanak lebih cepat membaca. Teknik ini telah diasaskan oleh Puan chahaya Abdul Manan sejak tahun 1998. Berkonsepkan 7M iaitu berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral, kaedah ini adalah gabungan mimik konsonan dan bunyian vokal akan menghasilkan bunyi suku kata.

Kaedah ini telah menjalani penyelidikan terhadap 30 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada disleksia, autism, sindrom down, mental retarded, pelat, kanak-kanak yang hilang pendengaran dan pelbagai kategori yang lain. Melalui penyelidikan ini, Teknik Cahayaku telah berjaya membantu mereka membaca dan memulihkan karektor para pelajar tersebut.

Pendidikan Berkesan Bermula Dengan Perjalanan Pembelajaran Yang Seronok Untuk Kejayaan Anak Anda

Program Kami

Umur: 4-6 Tahun

Tadika Integrasi As Siddiq

Pusat pendidikan awal kanak-kanak yang lengkap merangkumi Modul Bacaan Terbaik kami untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab yang digabungkan dengan KSPK (Kurikulum Kementerian Pelajaran) dan KAFA (Kurikulum Jabatan Islam).

Umur: 7-12 Tahun

Sekolah Rendah Integrasi Al Farooq

Pusat pendidikan rendah yang lengkap merangkumi Modul Bacaan Terbaik untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Modul Al-Quran (Hafz Quran) yang digabungkan dengan KSSR (Kurikulum Kementerian Pendidikan) dan KAFA (Kurikulum Jabatan Islam).

Umur : 7 Tahun & Ke Atas

Kelas Membaca Bahasa Melayu

Kelas belajar membaca untuk Bahasa Melayu lengkap dengan Modul Bacaan utama kami dimantapkan dengan Modul Tambahan Penulisan Awal, Ejaan & KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang sangat diutamakan & disyorkan kepada pelajar kelas pemulihan.

Umur : 7 Tahun & Ke Atas

Kelas Membaca Bahasa Inggeris

Belajar membaca komprehensif untuk Bahasa Inggeris dengan modul yang mendapat liputan Media CNN – Modul Pertama Belajar Sebutan English (UK) di Dunia yang diperkuat dengan Kamus Paradigm & sangat disyorkan kepada Pelajar Kelas Bahasa Melayu Cahayaku.

Umur : 7 Tahun & Ke Atas

Kelas Membaca Bahasa Arab

Kelas belajar membaca Lughatul Arabi dengan kaedah mudah membaca bahasa Arab secara automatik boleh membaca Al Quran dengan sebutan Tajwid yang betul tanpa mengetahui teori Tajwid & sangat disyorkan kepada Pelajar Kelas Bahasa Melayu & English Cahayaku.

Umur : 7 Tahun & Ke Atas

Kelas Hafazan Qurani

Modul lanjutan daripada Lughatul Arabi, cara mudah dan seronok untuk menghafal Perbendaharaan Kata Arab dengan Modul Lughatul Qurani terbaru yang membantu pelajar menghafal Al Quran secara auto berserta makna untuk penghayatan serta alunan bacaan serupa melodi bacaan Sheikh Mishary Al Rashid.

Apa Kata Ibubapa?

Testimoni Ibubapa

"Semasa anak sulung berumur 4 tahun, kami berpendapat satu keperluan kepada anak menguasai kemahiran membaca di awal usia supaya di sekolah rendah lebih mudah dia berinteraksi dan menguasai ilmu subjek-subjek yang lain. Kemahiran membaca adalah perkara asas sebelum belajar. 'Beyond expectation' saya, anak dalam tempoh 4 bulan mahir membaca. Excellent kuasa 2! Dia bacakan surat khabar pada nenek dia masa umur 4 tahun. Itu satu kejayaan besar pada umur 4 tahun, 4 bulan boleh membaca!"

Dr Nasri Sulaiman - 3 Anak Belajar Cahayaku sejak 1998